Tip Menjadi MC Idaman

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Bertemu kita sekali lagi di posting terbaru saya. Kali ini saya tergerak hati untuk berkongsi tip untuk menjadi Pengacara Majlis atau MC idaman dan  pilihan semua. :-)

Tip ini berdasarkan pemantauan dan pandangan saya selama terlibat dalam bidang ini. Tentunya terdapat beberapa kriteria yang membolehkan seseorang MC itu menjadi pilihan berkali-kali oleh pihak penganjur. Misalnya, saya sering mendapat kepercayaan oleh Unit Kebudayaan, Kesenian & Pelancongan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk menjadi pengacara bagi majlis anjuran mereka. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan.

Baiklah, berikut saya senaraikan tip dan petua berikut:

1. Bijak berkata-kata -Seorang MC perlu bijak berkata-kata secara spontan. Sebaiknya tidak perlu terlalu fokus pada skrip yang diberikan. Cuba hafal maklumat penting seperti nama VVIP, aturcara majlis dan sebagainya.

2. Berdisiplin – Datang awal sebaiknya sejam sebelum majlis bermula. Ambil mood suasana majlis tersebut. Setidak-tidaknya penganjur tidak akan berasa panik kerana ‘batang hidung’ anda tidak muncul tiba!

3. Mendengar arahan – Perkara yang wajar dititikberatkan. Paling utama dan paling penting disematkan di dada seorang pengacara. Sebagai perantara majlis, MC perlu mendengar arahan penganjur untuk memastikan perjalanan majlis berakhir sempurna. Jangan ikut kepala sendiri kerana ia hanya menghilangkan kepercayaan penganjur terhadap anda.

4. Tenang dan senyum manis – Bersikap tenang dan sentiasa menguntum senyum pada khalayak adalah sesuatu yang sangat digalakkan. Meski dihalang dengan pelbagai ujian, MC perlu tenang menghadapinya. Ketenangan itu dapat diraih dengan cara berfikiran positif dan melakukan sebaik mungkin. Segalanya tidak mustahil.

5. Bekerjasama – Sesebuah penganjuran majlis itu melibatkan ramai pihak. Justeru, setiap dari mereka mempunyai kepakaran tertentu. Sebagai MC, anda perlu memberikan kerjasama yang baik dengan seluruh tenaga kerja. Tidak berlagak sombong dan sentiasa bertanya atau memberikan pendapat dengan berhemah.

Baiklah, itu sahaja tip yang saya kongsikan kali ini. InsyaAllah, saya akan kongsikan lagi di lain waktu.

Salam sayang untuk semua,

Emcee Nani

Berdisiplin – Datang awal sebaiknya sejam sebelum majlis bermula. Ambil mood suasana majlis tersebut. Setidak-tidaknya penganjur tidak akan berasa panik kerana ‘batang hidung’ anda tidak muncul tiba!

10417736_10206244881224685_6548843202023670370_n

-Tugasan Emcee bersama rakan pengacara, Fahmee PR di Laman Seni 7 Shah Alam anjuran MBSA-

2 thoughts on “Tip Menjadi MC Idaman

  1. Info yg bagus. Boleh jadi Emcee mcm ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


5 × = five