Tip Menjadi MC Idaman

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Bertemu kita sekali lagi di posting terbaru saya. Kali ini saya tergerak hati untuk berkongsi tip untuk menjadi Pengacara Majlis atau MC idaman dan  pilihan semua. :-)

Tip ini berdasarkan pemantauan dan pandangan saya selama terlibat dalam bidang ini. Tentunya terdapat beberapa kriteria yang membolehkan seseorang MC itu menjadi pilihan berkali-kali oleh pihak penganjur. Misalnya, saya sering mendapat kepercayaan oleh Unit Kebudayaan, Kesenian & Pelancongan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk menjadi pengacara bagi majlis anjuran mereka. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan.

Baiklah, berikut saya senaraikan tip dan petua berikut:

1. Bijak berkata-kata -Seorang MC perlu bijak berkata-kata secara spontan. Sebaiknya tidak perlu terlalu fokus pada skrip yang diberikan. Cuba hafal maklumat penting seperti nama VVIP, aturcara majlis dan sebagainya.

2. Berdisiplin – Datang awal sebaiknya sejam sebelum majlis bermula. Ambil mood suasana majlis tersebut. Setidak-tidaknya penganjur tidak akan berasa panik kerana ‘batang hidung’ anda tidak muncul tiba!

3. Mendengar arahan – Perkara yang wajar dititikberatkan. Paling utama dan paling penting disematkan di dada seorang pengacara. Sebagai perantara majlis, MC perlu mendengar arahan penganjur untuk memastikan perjalanan majlis berakhir sempurna. Jangan ikut kepala sendiri kerana ia hanya menghilangkan kepercayaan penganjur terhadap anda.

4. Tenang dan senyum manis – Bersikap tenang dan sentiasa menguntum senyum pada khalayak adalah sesuatu yang sangat digalakkan. Meski dihalang dengan pelbagai ujian, MC perlu tenang menghadapinya. Ketenangan itu dapat diraih dengan cara berfikiran positif dan melakukan sebaik mungkin. Segalanya tidak mustahil.

5. Bekerjasama – Sesebuah penganjuran majlis itu melibatkan ramai pihak. Justeru, setiap dari mereka mempunyai kepakaran tertentu. Sebagai MC, anda perlu memberikan kerjasama yang baik dengan seluruh tenaga kerja. Tidak berlagak sombong dan sentiasa bertanya atau memberikan pendapat dengan berhemah.

Baiklah, itu sahaja tip yang saya kongsikan kali ini. InsyaAllah, saya akan kongsikan lagi di lain waktu.

Salam sayang untuk semua,

Emcee Nani

Berdisiplin – Datang awal sebaiknya sejam sebelum majlis bermula. Ambil mood suasana majlis tersebut. Setidak-tidaknya penganjur tidak akan berasa panik kerana ‘batang hidung’ anda tidak muncul tiba!

10417736_10206244881224685_6548843202023670370_n

-Tugasan Emcee bersama rakan pengacara, Fahmee PR di Laman Seni 7 Shah Alam anjuran MBSA-

Media Sosial – Platform Serlahkan Bakat

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Buat pembaca blog yang budiman, terima kasih masih sudi mengunjungi blog saya ini. Membaca setiap catatan yang ditulis. Sejujurnya, saya merasakan perkongsian sebegini mampu memberikan input yang terbaik buat anda di luar sana terutama bagi anda yang baru berjinak-jinak menjadi Pengacara Majlis.

Kemajuan teknologi telah membuktikan segala maklumat dapat dicapai hanya di hujung jari. Kemudahan media sosial ini sewajarnya digunakan dengan sebaik mungkin. Sebagai contoh, melalui media sosial ini, saya dapat memperkenalkan bakat dan kebolehan yang saya miliki. Tidak hanya di dalam negara, malah di peringkat antarabangsa.

Bukan itu sahaja, saya dapati penggunaan media sosial untuk ‘melariskan’ diri lebih berkesan daripada promosi mulut ke mulut atau diperkenalkan oleh individu tertentu. Justeru, saya amat mencadangkan agar anda menggunakan media sosial seperti mencipta blog atau laman sesawang untuk mempromosikan bakat yang anda miliki.

Sekian dahulu dari saya,

Salam sayang untuk semua

Emcee Nani  :-)

Saya dapati penggunaan media sosial untuk ‘melariskan’ diri lebih berkesan daripada promosi mulut ke mulut atau diperkenalkan oleh individu tertentu…

Sepasang kekasih sedang bergembira di kawasan padang. - Sumber 123RF.COM

Love In The Wind

Seorang Emcee…

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Menjadi seorang Emcee perlu sentiasa memantapkan diri. Sentiasa mengambil tahu apa jua situasi dan suasana. Emcee yang baik adalah Emcee yang peka pada kemahuan dan keperluan pihak yang memberikannya tugasan.

Perjalanan tugas saya sebagai seorang Emcee selama lebih 18 tahun ini mengajar saya tentang banyak perkara. Setiap satunya saya kumpul di dalam ‘kitab’ pengalaman dan digunakan semasa bertugas menjadi Emcee. Setiap suka duka, perit dan getir ini memang tidak sama dengan Emcee yang lain. Pada saya, ia pengalaman peribadi yang banyak mengajar kita agar menjadi lebih baik di masa akan datang.

Bicara seorang Emcee,

Nani Saudiar Zakir @ Emcee Nani

32502_1462347282398_7014431_n

Master Of Ceremonies

Pengacara Majlis atau juga dikenali sebagai Emcee merupakan Master Of Ceremonies bagi sesebuah majlis itu. Tentunya ia mewakili ‘tuan rumah’, syarikat, organisasi dan sebagainya yang mengupah seorang Emcee agar majlis yang dianjurkan berlangsung dalam suasana aman dan lancar.

Emcee Berbicara,
Nani Saudiar Zakir @ Emcee Nani

Master Of Ceremonies Continue reading