images

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Menjadi Raja Sehari tentunya diidam-idamkan setiap insan yang sedang berkasih sayang. Hubungan yang terjalin pastinya mahu diakhiri dengan ikatan yang sah,

Justeru, saya di sini menawarkan perkhidmatan pengacaraan majlis buat anda yang bakal bergelar Raja Sehari.

Pemilhan Pengacara Majlis atau Emcee juga perlu dititik beratkan. Bukan hanya soal jemputan, makanan yang disediakan, pelamin, mekap, jurufoto dan lain-lain. Kelancaran dan keindahan majlis itu sendiri perlu diutamakan. Di sinilah saya berperanan untuk membantu pengantin dan ibu bapa bagi memastikan hari bahagia mempelai berdua berlangsung cukup indah dan menjadi memori manis sepanjang usia.

postcard with just married couple

 

PROFIL EMCEE

KEBOLEHAN:

TERLIBAT DALAM BIDANG PENGACARAAN SEMENJAK BERUSIA 15 TAHUN SEHINGGA KINI.

TELAH MENGENDALIKAN LEBIH SERATUS MAJLIS BERBENTUK INFORMAL, SEMI FORMAL DAN FORMAL DI SEKOLAH, UNIVERSITI, DAERAH & NEGERI.

ANTARA MAJLIS/ ACARA YANG PERNAH DIKENDALIKAN:

ANTARABANGSA:

PERINGKAT NEGERI:

ANJURAN MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM (MBSA)

ANJURAN KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF SDN. BHD. (KMKSB)

 LAIN-LAIN:

32502_1462347282398_7014431_n OLYMPUS DIGITAL CAMERA

32502_1462345202346_5319095_n32502_1462345122344_4362815_n  32502_1462345242347_6907917_n 32502_1462345362350_5823323_n32502_1462345282348_7880358_n  32502_1462346682383_716361_n 32502_1462346802386_914075_n 32502_1462346842387_3470340_n 32502_1462346882388_704544_n  32502_1462347362400_572353_n    10417736_10206244881224685_6548843202023670370_n 11024689_1445094015781103_5036808967086230337_n

 

PROFESIONAL, VERSATIL & TERLATIH

Dalam usaha menjadi Emcee yang lebih profesional, versatil & terlatih, kursus pengacaraan majlis diambil untuk memantapkan lagi skil dan kebolehan diri. Menerusi kursus sebegini, ia membuka lebih banyak potensi diri dan sekaligus membantu meningkatkan kualiti pengacaraan bagi apa jua majlis yang dikendalikan.

10352948_10206072021103290_6212474434438659962_n

11046456_10206086987157432_1361735144722060884_n

PASANGAN PENGACARA

Majlis Raja Sehari tampak lebih berseri jika gandingan pasangan pengacaranya sama hebat dan sepadan. Begitu jugalah dengan saya. Pasangan pengacara majlis yang sentiasa digandingkan bersama adalah Emcee Azman yang merupakan senior saya. Tidak lokek berkongsi ilmu, Emcee Azman juga merupakan antara pengacara majlis perkahwinan idaman ramai sang mempelai.

10409510_1466941693596335_7634878100841448532_n

       Emcee Kahwin 4 u memberikan perkhidmatan Emcee Terbaik Untuk Majlis Bersejarah anda!

 

TESTIMONIAL – APA KATA MEREKA?

“Nani Saudiar Zakir pernah menjadi pengacara dalam Pertandingan Bayi Comel Pa&Ma pada 2011/ 2012.  Pertandingan tersebut melibatkan bayi berusia dua tahun ke bawah. Beliau kelihatan begitu serasi dengan para peserta dan ibu bapa yang menyertai pertandingan tersebut. Dengan gaya bersahaja, Nani Saudiar telah berjaya mengendalikan pertandingan yang berlangsung hampir dua jam itu. Soalan-soalan yang diajukan bersama telatah beliau di pentas telah menghidupkan suasana pertandingan. Keadaan begitu gamat dengan sorakan penonton. Bayi-bayi turut tertawa bila diagah. Pendek kata, semua pihak termasuk penaja gembira dan berpuas hati dengan khidmat yang beliau berikan. Tahniah buat Nani Saudiar. Semoga anda terus sukses sebagai pengacara yang gamat!

6

Liza Ali, Mantan Grup Editor Kumpulan Media Karangkraf, kini CEO Rich Ideas Resources.

*****

So okay dan bagus. Nani boleh jadi Emcee untuk pelbagai konsep majlis. Majlis protokol pun bagus, fun pun bagus, konsep havoc pun bagus. Pendek kata dia memang bagus. Boleh expand lagi bakat yang dimiliki.

5

Taqiyudin Yusof, Pengarah Urusan, Andromeda Event & Talent Management.

*****

Mengenali cik Nani sekitar pertengahan 2007 lalu telah membangkitkan rona persahabatan yang hangat. Justeru, kimia yang terhasil daripada jalinan ‘perhubungan tanpa syarat’ antara kami memudahkan komunikasi sebagai Pengacara. Tidak seperti kebanyakan pengacara lain yang kerap dipasangkan dengan saya yang ‘mungkin’ sekadar mesra di hadapan rostrum atau ‘tiba-tiba menjadi sahabat baik’ tatkala pembesar suara diONkan, keakraban yang dibungai bersama Cik Nani mengalir penuh luhur, tulus dan tidak palsu. Cik Nani tahu bilakah masanya untuk menghulur bait bicara dan pandai mengumpan pasangannya menyambut madah. Kami pernah dipasangkan dalam Karnival Karangkraf beberapa tahun berturut-turut yang memerlukan kami saling bertingkah suara menggembirakan pengunjung namun mengharmonikannya dengan mood saling melengkapi antara satu sama lain. Kami juga berpasangan secara tetap mengendalikan acara mingguan Pentas Laman Budaya Shah Alam sepanjang 2010 hingga 2012. Meneraju lantai acara santai namun ‘wajib’ peka tuntutan penganjur, mood penonton, keperluan penyanyi dan penghibur yang mewarnai acara setiap petang Sabtu membuatkan kami saling berhubung dengan ramah dan memahami kehendak masing-masing dengan teramat intim. Saya amat positif Cik Nani akan terus relevan dengan industri Pengacaraan kerana mindanya sentiasa terbuka, beliau tertib penuh santun namun tegas dengan prinsip dan Cik Nani mudah menyerap serta menyebarkan tenaga positif kepada khalayak.

3

Azman Muhd Nawi aka Emcee Azman, Pengacara Majlis, Penulis, Motivator. 

******

“Nani??? Seorang hos yang comel dan berbakat besar! Pertama kali bekerjasama dengan beliau timbul keserasian yang berterusan. Nani bukan sahaja mempunyai potensi yang hebat dalam bidang pengacaraan tetapi beliau sangat profesional ketika bekerja. Selamat berjaya Nani Saudiar!

1

Mohd Zulfahmee Ismail aka Fahmee PR, Pegawai Kebudayaan & Pelancongan, MBSA, Shah Alam.

*****

“Pertama kali berkolaborasi dengan MC Nani bagi acara sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Negeri Selangor 2011 menerbitkan rasa gembira di hati saya dan team. Sejak itu kami akan mengundangnya selaku pengacara majlis untuk sambutan Kemerdekaan negeri Selangor. Kami akui beliau seorang yang profesional, mendengar arahan dan berdisiplin. Juga seorang yang mudah memberikan kerjasama apabila diminta. Boleh mengendalikan sebarang bentuk majlis dan petah berkata-kata. Seorang yang berbakat besar. Tahniah MC Nani!

8

Noorul Ashidah Mohd Din, Tourism Selangor.

*****

“Bagi saya, Nani mempunyai lontaran suara yang jelas. Sebutan perkataan bulat dan boleh mengacarakan acara formal dan tidak formal. Beliau juga cepat berfikir untuk perkara-perlara yang spontan. Intonasi suaranya juga ada lenggok. Malah beliau juga boleh menghiburkan kanak-kanak dan mampu mengendalikan sebarang acara. Kami pernah bergandingan sebagai pasangan DJ untuk Mini Karnival Karangkraf 2009 dan acara-acara lain.

4

Mohd Shawalludin Fitri Mohd Taha aka Charl Fitry, Pengacara Majlis, Penyampai Radio, Penasihat Projek & VO.

*****

“Nani Saudiar Zakir merupakan seorang pengacara yang profesional dan berbakat. Boleh mengendalikan acara rasmi dan bukan rasmi. Seorang yang bijak menguasai atur cara majlis dna mempunyai tutur kata yang jelas. Paling utama, mampu menangani sebarang kemungkinan yang terjadi di dalam acara dan majlis kendaliannya. Syabas Emcee Nani!

7

Masrurah Irina Md Kamal, Kebudayaan, Kesenian & Pelancongan MBSA, Shah Alam.

satisfaction-guaranteed04

11219352_1466027327021105_7260240642253267562_n

contact-icon

HUBUNGI KAMI

Nani Saudiar Zakir 

No Tel : 018 6606672

atau

E-mel : nszgemilang@gmail.com

 

TERIMA KASIH MELAYARI LAMAN SESAWANG INI.